Koperasi AIM Berhad ditubuhkan bertujuan meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya menurut prinsip-prinsip koperasi.
PENGUMUMAN
PAKEJ UMRAH
Tahun 2011
Koperasi menganjurkan Pakej Umrah kepada semua anggota yang layak tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Pelbagai jenis Pakej ditawarkan. Pendaftaran awal amat digalakkan. Sila hubungi koperasi untuk keterangan lanjut.
Penjelasan Awal
Pembiayaan Al Innah
Pembatalan Potongan Gaji Oleh Perjawatan akan dibuat setiap 10hb selepas penjelasan awal diterima. Bayaran yang di terima selepas 10hb, akan dibuat pembatalan gaji pada bulan berikutnya.
INDEKS 100 Koperasi Terbaik
Malaysia 2011 25/7/2011
Tahniah. KAIMB berjaya meraih tempat ke 64 di dalam senarai Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2011. Komitmen dan kerjasama antara anggota lembaga, anggota dan pengurusan amat dihargai. Terima Kasih.
www.kaimb2u.com
Laman Web untuk pembiayaan
Laman web koperasi telah dibangunkan khas untuk urusan pembiayaan. Anggota boleh menyemak baki pembiayaan seta mencetak penyata penjelasan pembiayaan melalui laman web ini
Maktab Kerjasama Malaysia
Kursus & Latihan
Pelbagai kursus dan latihan disediakan oleh Maktab Kerjasama Malaysia untuk anggota koperasi. Sila dapatkan/download jadual kursus dan borang permohonan di www.mkm.edu.my. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada KAIMB untuk urusan pengesahan anggota. Keputusan permohonan akan diberitahu secara bertulis oleh Maktab Kerjasama Malaysia.
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
8 JULAI 2011 (8.30-11.30mlm) Putrajaya
Sempena sambutan Hari Koperasi Negara 2011, semua anggota KAIMB dijemput menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam bertempat di Medan Letak Kereta, Istana Kehakiman Putrajaya.
SELAMAT BERPUASA
28/07/2011
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua anggota koperasi. Terima kasih di atas sokongan anda.
TKA
27/03/2010 Ibupejabat KAIMB
Mesyuarat Lembaga telah memutuskan kelayakan tuntutan TKA adalah secara individu yang mana bermaksud setiap anggota berhak membuat tuntutan.
Dividen Tambahan 5%
24/3/2011
Dividen Tambahan sebanyak 5% telah dimasukkan ke akaun anggota pada 24/3/2011 jam 4.30 pm. Sila semak akaun BIMB/BSN anda. Harap maklum. Terima Kasih.
![]() |
![]() ![]() |


MUATTURUN