1.0 Tujuan
Membantu meringankan beban kewangan anggota dalam memenuhi keperluan keluarga dan peribadi.
2.0 Cara Pelaksanaan Skim
2.1 Kaedah Skim
Skim ini dilaksanakan mengikut Kaedah 'Bai Al Annah'. Kaedah jualbeli yang dimaksudkan ialah Koperasi AIM Berhad menjual sebahagian aset (bangunan pejabat koperasi) dalam bentuk keluasan kaki persegi dengan keuntungan 5.5% dalam tempoh yang dipersetujui.
2.2 Had Pembiayaan
Had maksima pembiayaan ini pada satu masa tidak melebihi RM50,000.00 tertakluk kepada kelayakan potongan gaji pemohon. Kelulusan permohonan bergantung kepada kemampuan Koperasi dan Peruntukan kewangan yang sedia ada.
2.3 Tempoh Ansuran
Tempoh bayar balik pembiayaan sehingga 60 bulan (5 tahun). Tempoh tersebut akan dipendekkan jika pemohon itu didapati mempunyai kemampuan dan tidak pula membebankannya. Bayar balik pembiayaan adalah melalui kaedah potongan gaji oleh majikan (AIM).
3.0 Syarat-Syarat Kelayakan Memohon
3.1 Telah menjadi ahli koperasi selama tidak kurang24 bulan(tertakluk kepada kelulusan lembaga).
3.2 Tidak mempunyai hutang/ pembiayaan yang masih belum dijelaskan dengan koperasi.
3.3 Layak memenuhi prosedur kelayakan potongan gaji yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Amanah Ikhtiar Malaysia.
3.4 Jumlah pembiayaan perlu dilindungi oleh Skim Tabung Khairat Hutang. Kaedah pengiraan sumbangan adalah seperti yang dinikmati oleh Sahabat AIM. Duti setem dan sumbangan TKH akan dipotong dari jumlah yang diluluskan.
3.5 Jumlah saham dan yuran kakitangan hendaklah 10% daripada jumlah yang dipohon. Sekiranya jumlah saham dan yuran tidak mencukupi, ianya akan ditolak dari jumlah pembiayaan yang dilluluskan.
3.6 Setiap pembiayaan perlu dijamin oleh seorang anggota koperasi yang berkelayakan. Manakala pembiayaan yang tidak melebihi 90% daripada jumlah yuran dan saham yang telah dibayar, penjamin dikecualikan.
3.7 Sekiranya pemohon mempunyai pembiayaan dengan institusi kewangan yang lain, penjelasan pembiayaan akan dibuat terus kepada institusi kewangan tersebut.
4.0 Syarat-Syarat Penjamin
4.1 Telah menjadi ahli koperasi selama tidak kurang 24 bulan.
4.2 Layak memenuhi prosedur kelayakan potongan gaji yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Amanah Ikhtiar Malaysia.
5.0 Proses Borang Permohonan
5.1 Setiap permohonan akan diproses dan dipertimbangkan mengikut giliran berdasarkan kepada keperluan anggota, kemampuan kewangan koperasi dan peruntukan yang disediakan bagi perlaksanaan skim ini. Kesabaran menunggu giliran amat dihargai.
5.2 Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap supaya mempercepatkan proses kelulusan dan menjimatkan masa.
5.3 Borang permohonan yang tidak lengkap atau permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan tidak akan dipertimbangkan.
5.4 Koperasi akan memberitahu mengenai kedudukan permohonan anggota secara bertulis selewat-lewatnya dalam tempoh 30hari dari tarikh penerimaan borang permohonan.
5.1 Setiap permohonan akan diproses dan dipertimbangkan mengikut giliran berdasarkan kepada keperluan anggota, kemampuan kewangan koperasi dan peruntukan yang disediakan bagi perlaksanaan skim ini.Kesabaran menunggu giliran amat dihargai.
6.0 Peringatan Penting
Pembiayaan hanya akan dikeluarkan setelah Pihak Koperasi AIM Berhad menerima Surat Perjanjian yang telah ditandatangani oleh pemohon. Oleh itu, pemohon hendaklah memberi kerjasama memulangkan Surat Perjanjian tersebut dengan kadar segera.
Biro Kredit
Koperasi AIM Berhad

